Sunday, April 22, 2007

Samy Vellu-Pandithan


Sekiranya perkembangan ini dilihat dari perspektif individu, ia adalah satu perkembangan yang baik lagipun "just a matter of time" untuk pandithan apa salahnya bersalam-salaman dengan musuh politik. Tetapi apa yang melukakan masyarakat India terutama penyokong di peringkat akar umbi ialah, bila pandithan dihina dan dicerca, masyarakat di peringkat bawahan yang telah menjunjung dan menaikkan beliau tetapi kini semuanya sudah dilupakan dan mereka berdua berpelukan di atas pentas. Tetapi bagaimana pulak dengan individu-individu yang telah berkorban untuk beliau dan bermusuhan dengan pemimpin-pemimpin kecil MIC di peringkat cawangan? Apakah mereka akan diterima? <Dalam dunia politik tempatan, Pandithan sudah pun sinonim dengan peristiwa membawa keranda dan istilah ‘drakula’ yang pernah digunakannya. Pandithan sendiri tidak pasti ke mana perginya keranda itu. Tetapi kalangan ahli-ahli MIC mendakwa ia telah dibuang ke sungai berhampiran bangunan MIC. Ia tetap misteri. Mungkin juga Saravanan dah kembalikan kepada kedai menjual keranda.>

Walau bagaimanapun beberapa kesimpulan boleh dirangka hasil daripada perjumpaan tersebut:

1. Akhirnya Samy Vellu terpaksa menjilat ludah apabila beliau terpaksa menerima dan memeluk Pandithan, di pentas yang sama. Bermakna beliau kini terpaksa menerima Pandithan sebagai pemimpin yang setaraf dengan beliau dan Samy Vellu tak layak untuk memanggil diri beliau sebagai pemimpin tunggal masyarakat India Malaysia.

2. Kediktaktoran Samy Vellu semakin terhakis dan masyarakat India semakin memandang hina dan muak dengan sikap Samy Vellu. Cengkaman kuku besi beliau di dalam parti semakin lentur dan bantahan terbuka Thirumoorthy adalah bukti yang jelas. Malah Loganathan dari Sungai Siput dengan lantang mengkritik Samy secara terbuka.

3. Sikap angkuh Samy Vellu semakin menonjol. Beliau sanggup menyembah kaki Pandithan untuk memastikan calon MIC menang tetapi beliau tidak ingin berunding dengan Thirumoorthy yang telah sekian lama berkhidmat untuk memastikan calon MIC menang di kerusi Ijok. Apa salahnya kalau beliau meminta Dato' Subra untuk membantu lebih-lebih lagi apabila timbalan presiden sekarang lebih buruk prestasinya berbanding dgn Dato' Subra. Di Batu Talam, TPM sanggup berjumpa dengan Lim Ah Lek (Bekas Timbalan Presiden MCA) untuk meminta beliau membantu mendapatkan undi m'sykt cina walaupun yang bertanding menentang calon BN adalah budak kecik dalam politik negara. Kalau TPM boleh berbuat sedemikian, knp pulak Samy tidak boleh? Bukankah terlalu angkuh namanya kalau dengan orang parti sendiri, beliau caci dan hina mereka ttp dgn IPF beliau pulak yang sanggup merayu untuk mendapatkan undi.

4. Sikap Samy Vellu yang sanggup menjilat ludah sendiri membuktikan MIC berdepan dengan kekalahan di Ijok. Jadi beliau terpaksa menggunakan pelbagai tipu helah demi memastikan calon beliau lulus. Tapi situasi di ijok adalah berbeza dan ramai yang melahirkan ketidakpuasaan hati ke atas BN.

5. Jangan sesekali menjadi taksub dengan pemimpin. Bila kedudukan mereka terancam, mereka sanggup memanipulasi situasi untuk membuktikan mereka ikhlas dan berjuang atas nama keadilan. Tetapi bila kedudukan mereka selesa maka mereka lupa kepada orang-orang yang telah bersusah payah menyokong beliau. Pandithan adalah satu conth yang baik.

Yang pasti kedua-duanya telah mengkhianati pemimpin-pemimpin kecil di peringkat bahagian dan cawangan. Menunggu tarikh 28 April 2007...................

No comments:

Post a Comment