Friday, September 29, 2006

Thursday, September 28, 2006
Diskriminasi kaum memang berlaku – Dr Syed Husin

Malaysia Today

Rakyat Malaysia tidak memerlukan kritikan yang sekaligus cuba membakar api perkauman daripada tokoh asing seperti Lee Kuan Yew. Bekas Perdana Menteri Singapura ini sepatutnya melihat dan menangani masalah minoriti orang Melayu yang kebanyakannya miskin, tertindas dan terbiar di pulau Singapura.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali berkata, sudah lama keADILan membangkitkan dan mengkritik berbagai kekurangan dalam dasar yang dijalankan oleh Umno/BN selama ini. Jikalau ditanya jutawan besar bukan Melayu seperti Vincent Tan, Lim Goh Tong, Lim Peng Khing, Yeoh Ting Lee, Ananda Krishnan, dan Aramugam Pillai, mereka tidak akan mengatakan mereka terpinggir, bahkan sering mendapat bantuan serta kemudahan daripada pihak pemerintah.

Tetapi mengapakah tidak boleh dilantik tokoh-tokoh akademik bukan Melayu yang ulung sebagai Naib Censelor di universiti awam di negara ini? Mengapa tidak boleh diberikan biasiswa kepada pelajar bukan Melayu yang cemerlang kelulusannya dan menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, tanya Dr Syed Husin.

Menurut beliau, memang ada dasar pemerintah yang mendiskriminasi dan juga meminggirkan kaum, walaupun tidak seluruh kaum itu tetapi yang teruk dipinggirkan dan tertindas ialah golongan miskin, lemah, dan terbiar dari semua kaum. Mereka terdiri dari Orang Asal, orang Cina, orang India, dan jga orang Melayu yang merupakan kaum majoriti.

Dengan tidak menunggu dikritik oleh Lee Kuan Yew, kerajaan Malaysia seharusnya menumpukan perhatian kepada golonggan ini dan menunjukkan sikap kepedulian rakyat terhadap mereka.

Wednesday, September 27, 2006

Tuesday, September 26, 2006
Samy bangga isytihar 21 sekolah Tamil baru dibina

Malaysia Today

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar telah memberitahu Parlimen pada April tahun ini, bahawa terdapat 148 bantuan penuh dan 375 separuh bantuan sekolah rendah Tamil, dengan itu sejumlah 523 sekolah rendah Tamil.

Baru-baru ini, Samy Vellu dengan megah mengumumkan dalam Parlimen bahawa sejumlah 21 sekolah baru Tamil telah dibina dalam lima tahun lalu dan kini dia memohon lagi 14 buah sekolah baru untuk dibina dalam lima tahun akan datang.

Kenyataan Samy Vellu dikhuatiri tidak benar, kerana bilangan sekolah Tamil di bawah RMK8 telah dikurangkan dari 526 dalam tahun 2000 ke 523 dalam tahun 2006, walaupun pengambilan pelajar sudah bertambah dari 88,810 dalam tahun 2001 ke 100,142 dalam tahun 2006.

Kenyataan Samy telah memeranjatkan pemimpin-pemimpin MCA kerana mereka tidak berjaya mendapat sekolah baru Cina kecuali memindahkan sekolah-sekolah yang telah ditutup kerana tiada murid.

Samy telah membuat kenyataan tersebut sebagai respon kepada Timbalan Menteri Pelajaran Nor Omar, yang memberitahu bahawa 180 buah sekolah baru yang dirancang bawah RMK9, tiada satu yang sekolah Tamil atau Cina.

Seorang pegawai kementerian pelajaran yang enggan dikenali telah memberitahu sebuah akhbar Cina bahawa kenyataan yang dibuat oleh Presiden MIC adalah tidak benar.

Malah, tiada sebuah sekolah Tamil pun yang telah dibina bawah RMK8 dan begitu juga dalam RMK9.

Pegawai tersebut juga menerangkan bahawa sekolah baru yang didakwa telah dibina sebenarnya hanya bangunan baru telah dibina dalam kawasan sekolah Tamil yang sedia ada.

Jadi, Samy Vellu telah berbohong dan wajar mohon maaf kerana telah membuat dakwaan yang palsu dan mengelirukan.