Saturday, November 03, 2007


Condolence from Doi-Moi
Thamilchelvan killed in SLAF air attack

02 November 2007, 07:27
, S.P. Thamilchelvan, Liberation Tigers Political Head was killed in Sri Lanka Air Force (SLAF) aerial bombardment Friday morning in Ki'linochchi. The Head Quarters of the Liberation Tigers of Tamileelam (LTTE) in a press communique said it was conveying the loss of Brigadier Thamilchelvan with profound sadness to the people of Tamil Eelam, the Tamil Diaspora and the Global Community. The Sri Lanka Air Force attack has specifically targeted the residence of the members of the Political Division.

The Secretary General at the Head Quarters of the LTTE, S. Cheeran said the LTTE Political Head was killed in the SLAF bombardment that took place at 6:00 a.m. Friday along with Lt. Col. Anpumani (Alex), Major Mikuthan, Major Neathaaji, Lt. Aadchiveal and Lt. Maavaikkumaran. The LTTE has conferred its highest military rank, Brigadier, to Mr. Thamilchelvan.

source: Tamilnet.com

Datuk Abdul Aziz Nik Mat akan di dakwa oleh BPR?


Ketua Pengarah BPR menyatakan di bawah, Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997, mana-mana individu yang tidak melaporkan kepada BPR, apabila ditawarkan rasuah boleh di dakwa di Mahkamah. Baru-baru ini Datuk Nik Aziz telah menyatakan selama menjadi MB Kelantan beliau pernah ditawarkan berjuta-juta RM tetapi telah menolaknya. Walaupun peruntukan undang-undang ada untuk mendakwa Datuk Nik Aziz apakah BPR berupaya untuk mendakwa beliau?

Sekiranya BPR mengambil keputusan untuk mendakwa beliau, maka Doi-Moi menjangkakan akan berlaku arus kebangkitan rakyat untuk menentang penangkapan tersebut dan negeri Kelantan akan kembali ditadbir oleh PAS secara total. Kemungkinan besar Terengganu juga akan jatuh kembali kepada PAS dan di kebanyakan kerusi ADUN dan DEWAN RAKYAT, PARLIMEN, kemungkinan untuk BN kecundang akan wujud. Ini kerana walau pun Datuk Nik Aziz merupakan pemimpin pembangkang, namun beliau tetap dihormati oleh penyokong pembangkang mahupun penyokong BN. Doi-Moi berpendapat ini mungkin satu strategi PAS untuk "menghasut" Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan ke atas beliau sekaligus mengujudkan bantahan rakyat. Tetapi sekiranya BPR tidak mengambil tindakan maka rakyat juga akan membuat kesimpulan akan ketidakupayaan BPR untuk menguatkuasa Akta Pencegahan Rasuah seperti mana ketidakupayaan BPR untuk mendakwa pemimpin-pemimpin BN yang korup.

Walau bagaimanapun, Doi-Moi tidak yakin BPR mempunyai keupayaan untuk mendakwa beliau kerana sudah tentu BN tidak mahu mengambil tindakan membunuh diri lebih-lebih lagi apabila pilihanraya umum semakin hampir.

Friday, November 02, 2007

"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN"

Thursday, November 01, 2007




Pernah melihat Kuil ini di Pantai Dalam? Sekiranya ada tinggal di Pantai Dalam dan sering menggunakan jalan pantai menuju ke Angkasapuri, sudah tentu anda wajib melalui Kuil ini yang berada di tepi sebelah kiri. Asalnya Kuil ini berada di dalam kawasan Kementerian Penerangan dan atas permintaan Y.B. Menteri kuil tersebut dipindahkan ke penghujung tanah Kementerian. Selepas itu walaupun dah berlaku pertukaran beberapa menteri, tidak ada seorang pun yang menggangunya. Kuil itu kekal di situ dan boleh dikatakan aktif dalam menjalankan program keagamaan dan pendidikan. Namun kini sudah ada arahan-arahan nakal, kepada pihak pentadbiran Kementerian untuk merobohkan Kuil tersebut. Pihak pentadbiran pulak kerana tidak mempunyai apa-apa "option" terpaksa menerima dan menjalankan arahan. Doi-Moi percaya lambat laun, Kuil ini juga akan dirobohkan walaupun tanah tersebut adalah milik Kementerian. Tidak ada alasan yang kukuh untuk merobohkannya kecuali tapak Kuil hak Kerajaan. Kedudukan Kuil tersebut yang sangat hampir kepada sisi tepi tanah tersebut tidak mungkin boleh digunakan untuk projek-projek pembangunan yang lain. Setahu Doi-Moi, Kerajaan demokrasi adalah untuk rakyat yang dipilih oleh rakyat tetapi dalam konteks masyarakat Hindu, Kerajaan ini telah gagal untuk membela keperluan dan kehendak masyarakat malah terus menindas. Oleh yang demikian, adalah lebih wajar, parti yang membentuk Kerajaan tersebut ditolak dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu "protes" penindasan.

Wednesday, October 31, 2007

Kampung Desa Aman


Kita sering mengutuk tindakan PDRM menembak mati individu yang disyaki sebagai penjenayah berbahaya bila mana individu yang disyaki, masih boleh ditangkap dan tidak memerlukan tindakan menembak mati. Mengkritik PDRM bukan bermakna kita menganggap polis sebagai musuh rakyat tetapi teguran kita adalah berasas terutamanya apabila individu dari kaum tertentu menjadi sasaran tembak mati. Tetapi pada masa yang sama, kita juga harus mengutuk sebarang tindakan ganas yang menyebabkan anggota polis, cedera atau terbunuh.

Apa yang berlaku di Kg.Desa Aman, Sungai Buloh adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan bilamana, serbuan yang sepatutnya "berjaya" tetapi gagal dan telah menyebabkan dua anggota lans-corporal terbunuh dan dua orang chief-inspector dalam keadaan kritikal.

PDRM sepatunya memastikan setiap individu yang menyertai pasukan keselamatan tersebut dilengkapi dengan baju kalis peluru dan sentiasa menggunakannya semasa bertugas di luar pejabat. Tetapi malangnya PDRM masih tidak mempunyai kuantiti baju yang secukupnya dan hanya mampu membuat pembelian sebanyak 2000 baju sahaja bagi tahun ini manakala tambahan 2000 lagi akan diperolehi tahun depan.

Doi-Moi percaya antara kelemahan yang menyebabkan kebanyakan jenayah berat tidak dapat diselesaikan adalah kerana kegagalan unit perisikan PDRM mengumpul maklumat yang secukupnya sebelum sesuatu kejadian itu berlaku. Dikala kita masih terkejut dengan kematian Nurin di susuli dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang telah mengedarkan gambar Nurin dalam beg, kita terus dikejutkan dalam tempoh masa 48 jam seramai 8 kakitangan telah menjadi mangsa keganasan di mana dua orang daripadanya telah terbunuh manakala dua lagi cedera parah/cedera.

Doi-Moi amat yakin sekiranya PDRM dapat memantapkan unit perisikannya maka kebanyakan kes jenayah dapat diselesaikan. Selain itu, unit Perhubungan Awam PDRM juga perlu dikikis kemahiran dalam "Perhubungan Awam" di mana dalam kes Kg.Aman amat jelas akan kegagalan unit tersebut memainkan peranan dalam membekalkan maklumat yang sahih kepada pihak media. Berlaku terlalu banyak kontradiksi yang bercanggah antara laporan berita media elektronik dan media cetak. Doi-Moi sangat berharap kegagalan serbuan seperti ini tidak akan berlaku lagi, semoga rakyat termasuk anggota polis dapat hidup dalam keadaan yang aman.