Thursday, April 26, 2007

Halang kuasa 2/3


26 April 2007, pukul 22:31 - Kerana sibuk dengan tugas-tugas peribadi, saya hanya sempat mengaktifkan "lap-top" saya pada waktu yang tertera pada awal ayat ini. Kebiasaannya saya akan "browse" beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat terkini akan perkembangan yang berlaku di sekitar saya.

Saya tidak terkejut dengan laporan "malaysiakini" yang menyatakan The Ijok state seat by-election this Saturday is the right time for the voters to shatter the government’s propaganda that all is well, said former premier Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak terkejut kerana memang telah dijangkakan TDM akan berkata sedemikian kerana umum mengetahui bahawa TDM kecewa dengan sikap Pa Lah yang membenarkan pegawai di sekeliling pinggangnya menjalankan pentadbiran negara tanpa merujuk kepada Perdana Menteri dan PM pulak seolah-olah "blur" dan tidak pasti apa yang sedang berlaku di dalam pentadbiran yang diketuainya. Tetapi malangnya, TDM hanya berani mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan.
Saya berpendapat, adalah kurang berasas kalau pengundi hanya menunjukkan perasaan tidak setuju dengan propaganda "feel good" Kerajaan sekarang tetapi perasaan tidak puas hati hendaklah berterusan dan diintepretasikan dalam bentuk undi dalam pilihanraya umum nanti. Ini kerana, Kerajaan yang terbaik tidak akan wujud hanya dengan undi protes di dalam pilihanraya kecil tetapi untuk mengujudkan sebuah Kerajaan yang berwibawa dan berintegriti tinggi kuasa 2/3 parti yang membentuk Kerajaan di Parlimen hendaklah dihalang. Ketiadaan kuasa tersebut akan menghalang parti-parti yang terlibat menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan niat untuk terus berkuasa.

No comments:

Post a Comment