Sunday, May 20, 2007

Penchala Link ?

Kenapa setelah beberapa tahun Penchala-Link dibuka tetapi jambatan berkaitan ini masih belum/tidak digunakan? Jalan menghala ke Jambatan tersebut masih terus ditutup dan dijadikan sebagai tempat meletak kereta. Wang siapa yang terbazir kalau bukannya wang rakyat?


Samy Vellu harus bertanggungjawab atas pembaziran tersebut. Nilai pembinaan jambatan tersebut adalah berjuta ringgit tetapi tidak digunakan. Penyiasatan Doi-Moi ke tapak tersebut yang terletak berhadapan dengan "Fitness Centre" di Sri Harta Mas membuktikan bahawa jambatan tersebut tidak digunakan sejak dibuka. Siapa yang harus bertanggungjawab??? Yang pasti wang rakyat terus dibazirkan tanpa satu perancangan yang berkualiti.

Biarlah pendedahan Doi-Moi membuka mata pihak Kerajaan dan ahli parlimen. Semoga pendedahan ini mendapat perhatian pihak-pihak yang berkaitan.







Rusuhan 13 Mei atau peristiwa 13 Mei


Generasi ketiga yang juga dikenali Gen-3 tidak melalui apa yang disebut sebagai Peristiwa 13 Mei atau yang lebih tepat dipanggil Rusuhan 13 Mei. Bagi generasi kedua atau Gen-2, peristiwa tersebut sepatutnya menjadi penanda aras masa depan negara ini selepas 12 tahun Merdeka, kerana ada buruk dan ada baiknya.

Apa pun kajian dibuat atas rusuhan itu, ini tidak memberi apa-apa faedah kepada perkembangan generasi ke 4 dan seterusnya. Bagi menyalahkan setiap orang belum pasti ada kebenaran mahupun membenarkan sesuatu keadaan itu juga belum dipastikan betul.Sebenarnya tidak ada sebab untuk mendalami punca rusuhan tersebut.

Yang pasti kerana kesilapan istilah yang menjadikan isu ini isu perkauman. Jika peringkat awal pihak berkuasa menggunakan istilah "rusuhan" dan bukannya "peristiwa" 13Mei 1969, kemungkinan besar, isu tersebut tidak membawa pengertian perkauman sebaliknya dia hanya sekadar satu isu politik ketika itu.Mencari punca akan berlaku rusuhan itu, tidak memerlukan kenyataan yang berbelit atau pun memerlukan penelitian khusus atas kertas-kertas rahsia sama ada dalam negeri atau pun sampai ke United Kingdom.

Puncanya ialah mudah kerana Perikatan masa itu di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman tidak menerima akan keputusan demokrasi akan kekalahan kerajaan dalam pilihan raya umum 1969.Disebabkan UMNO sebagai Parti teras, Perikatan sudah ditolak oleh rakyat bukan sahaja kawasan-kawasan para pengundi Cina yang menjadi majoriti tetapi juga kawasan Melayu 100%. Ini ditambah pula dengan kehilangan kuasa satu pertiga di Perak dan Selangor serta kekalahan di Kelantan dan Pulau Pinang. UMNO lah yang menggunakan sentimen Melayu bagi membakar perasaan rakyat, dan sentimen hanya laku di Penang, Perak, Selangor dan sedikit di Negeri Sembilan dan Johor tetapi tidak melibatkan negeri di Pantai Timur.

Ketegangan itu berpunca dari kelewatan penubuhan kerajaan negeri dan persekutuan walaupun keputusan PRU sudah muktamad pada 11hb Mei 1969, kerajaan negeri masih belum lagi wujud termasuk penubuhan kerajaan Persekutuan. Sementara itu YTM Tunku Abd Rahman Putra sendiri telah menghadap Yang Dipertuan Agong pada 14hb Mei 1969 dan hanya memohon mengisytiharkan Perintah Darurat dan tidak menubuhkan kerajaan. Kesimpulannya dalam sejarah Malaysia hanya PRU 1969 satu kerajaan ditubuhkan atas bidang kuasa Yang Dipertuan Agong mengikut Perlembagaan dalam bidang kuasanya.

Peristiwa itu memberi contoh bahawa Yang Dipertuan Agong mempunyai bidang kuasa untuk melantik sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri termasuk seorang Pengarah bagi satu kerajaan darurat yang dipanggil Majlis Gerakan Negara.Sekiranya YTM Tunku Abd Rahman dengan segera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 11hb Mei 1969 dan juga Menteri Besar Perak dan Selangor yang mempunyai “simple” majoriti dalam Dewan Negeri, kemungkinan besar Rusuhan 13Mei boleh dielakkan.

Tetapi atas kelemahan dan juga terlepas pandang akan perkara itu, maka sebilangan besar rakyat tidak berdosa telah membayar dengan darah dan nyawa.Mereka-mereka yang berminat dalam sejarah dan juga hendak menyiasat punca yang menyebabkannya rusuhan 13Mei. Siasatan mestilah juga melihat dari segi perspektif perpaduan kaum di Malaysia. Sebenarnya tidak timbul isu perkauman apa yang menyebabkan rusuhan 13Mei itu dan jika dikatakan Tun Razak Hussein yang merancang peristiwa tersebut bagi merampas kuasa, itu adalah satu kajian berdasarkan kepada "pendengaran" sahaja sebaliknya jika mahu disalahkan mungkin kesalahan boleh diletakkan ke atas "polis" pada masa itu.

Kenapa tidak? Sekiranya Polis tidak mengambil tindakan mengejar orang menconteng di jalan raya di Kepong dan kemudian polis diserang sehingga menyebabkan terbunuh salah seorang dari mereka, sudah pasti tidak akan ada perarakan mayat. Sejarah membuktikan bahawa antara orang yang berjuang untuk perarakan mayat itu adalah Syed Hamid Bin Syed Ali yang juga Presiden Persatuan Penuntut Universiti Malaya. Maka bererti perarakan mayat itu bukan mesti dilihat atas sifat perkauman sebaliknya atas sifat tindakan polis menembak mati seorang yang menconteng di jalan raya dan kemudian diburu untuk penangkapan, itu betul atau tidak?

Begitu juga dalam soal Parti Gerakan Rakyat Malaysia - PGRM, ia juga bukan parti yang diasaskan kerana perkauman sebaliknya ada berapa orang Melayu yang menyertainya dan termasuk yang menang bertanding atas tiket PGRM. Maka jika dilihat keseluruhannya ,apa parti pun sama ada Democratic Action Part i- DAP dan Progresif People Parti - PPP mereka tidak merangsang soal-soal isu perkauman dalam masa PRU 1969 sebalik parti-parti itu membangkitkan isu-isu yang menyentuh kepada semua golongan rakyat yang ditindas dalam sistem kapitalis menjadi pegangan UMNO masa itu dan sehingga hari ini.

Rusuhan 13Mei bagi generasi ketiga dan seterusnya mestilah dilihat dari sudut pandangan yang berbeza. Insiden rusuhan itu juga membawa implikasi ke arah penyatuan bangsa Malaysia. Ia mestilah melihat pada masa rakyat dalam kebodohan, mereka boleh berfikir panjang. Mereka menggunakan hak mereka, untuk membuat keputusan yang menguntungkan generasi mereka. Sebilangan mereka menolak parti Perikatan dalam PRU itu. Walau hari ini Perikatan telah berubah ke Barisan Nasional tetapi banyak perjuangan memperkukuhkan perpaduan kaum oleh bangsa Malaysia telah berjaya, termasuk kepada soal kepentingan orang Melayu.

Ini memberikan gambaran, yang membawa isu perkauman sempit adalah UMNO itu sendiri. Mereka ketakutan akan kehilangan kuasa dalam masa sama dia cuba membina UMNO sebagai satu entiti berjuang untuk Melayu tetapi bilangan Melayu yang berkhianat kepada Melayu banyak terdapat dikalangkan orang yang memakai lencana UMNO.Semenjak UMNO dipimpin oleh dua orang anak Ahmad, seorang sebagai Presiden UMNO bernama Abdullah Hj Ahmad dan seorang sebagai Setiausaha Agong bernama Radzi Seikh Ahmad, dan kedua Ahmad mempunyai latar belakang agama Islam yang agak baik jika bandingan dengan yang lain, tetapi kedua anak mereka yang memimpin UMNO berlawanan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Bila Abdullah Hj Ahmad menyamakan dirinya dan keluarganya dengan YTM Tunku Abd Rahman Putra menjual harta benda seperti rumah dan tanah, dia mengatakan dia juga begitu, ada harta bapaknya terjual kerana UMNO. Tunku Abd Rahman Putra meninggal dunia tanpa meninggalkan harta, dia tidak menggunakan jawatan Perdana Menterinya untuk menebus harta yang digadaikan untuk UMNO dan tidak menggunakan UMNO untuk mencari kekayaan dirinya atau anak dan menantunya.

Sebaliknya Abdullah Hj Ahmad, atas sumbangan bapaknya menjual harta untuk UMNO sekarang ditebus dengan memberikan kepada anak dan menantu perniagaan dan kontrak lebih dari yang dikorbankannya. Maka sewajarnya tidak perlu berucap di mana-mana untuk menceritakan perihal penjualan tanah bendang untuk UMNO itu, rakyat telah menebusnya dengan memberi anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bermacam-macam perniagaan walaupun tidak ada kerelaan.

Begitu juga Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, khabarnya sudah berkata dengan orang yang bertanya, kenapa dia tidak mengindahkan arahan Najib Tun Razak dalam soal kelulusan pekerja asing. Jawapan bahawa dia tidak bekerja dengan Najib Tun Razak, dia bekerja dengan Abdullah Hj Ahmad dan tambahnya dia tidak mahu menjadi Menteri jika Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Soalnya pekerja asing dan isu terlibat Radzi Sheikh Ahmad yang menggunakan proksi akan ditulis selengkapnya pada rencana akan datang.

Bayangkan setiap pekerja asing terpaksa membayar wang rasuah... opppp bukan wang "goodwill" kepada orang tertentu sekurangnya RM1,000 (satu ribu) dan bayangkan kalau dua juta orang diluluskan, berapa jumlahnya wang tidak masuk dalam akuan kerajaan.Sang Kelembai: Masih ingat lagi peristiwa 13hb Mei di depan Jalan Raja Muda, Kampong Baru dan masih terbayang Dato Harun Idris berucap di atas bumbung Bas Sri Jaya.

Pembohongan besar jika dikatakan pada petang itu tentera telah masuk ke Kuala Lumpur hanya selepas darurat diisytiharkan lalu RAMD membuat khemah di dua buah bulatan di Jalan Ipoh iaitu persimpangan Jalan Pekeliling dan Jalan Pahang persimpangan Jalan Tuanku Abd. Rahman. Elok rasanya kerajaan lepaskan rakaman filem rusuhan 13Mei yang tersimpan di Filem Negara Malaysia untuk tayangan umum... segalanya ada di situ.

posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin