Tuesday, January 30, 2007



Mana Intergriti yang kita laungkan

Perjanjian konsesi Tol adalah perjanjian rahsia antara kerajaan dengan Syarikat konsesi, begitu kata Samy Vellu dan ini menaikan kening kita sebagai rakyat Malaysia. Ini bukan isu keselamatan dalam negeri. Ini isu perjanjian yang menagihkan pembayaran rakyat Malaysia. Ini adalah contoh kerajaan tidak terbuka dan menyorokkan sesuatu dar rakyat. Ini hanya membuktikan bahawa kategori OSA (Akta Rahsia Rasmi) tidak ada sempadan sehingga perjanjian perniagaan yang melibatkan wang rakyat disembunyi dan kepentingan rakyat jatuh nombor 2 kepada syarikat konsesi yang terus dijaga agar mereka SENTIASA mengaut keuntungan. Kenyataan Samy Vellu jelas menunjukkan bahawa capaian tahap Intergriti yang mahu diusahakan oleh kerajaan Pak Lah adalah omongan kosong. Kata Samy " The agreement is solely between the government and the company and it is a secret document,"

source: Umno-Reform