Saturday, July 28, 2007


K.Sujatha: Murdered or Suicide or Cancer?


Who is the Senior Minister's Son and who is that Senior Minister?

Why the creamatorium was done so fast and none of the family members was allowed to see her for last respect?

One of the letter read as: Please help us, we are poor people. (The minister) and (his son) are powerful," read the letter written in broken Bahasa Malaysia, which named the minister and his son.

picture source:
www.malaysiakini.com

Friday, July 27, 2007

Tahukah anda?


Tahukah anda, di Bandaraya Kuching terdapat satu lorong yang dikenali sebagai "Indian Street"? Walaupun kedai-kedai yang terdapat di lorong tersebut kini dimiliki oleh peniaga cina namun nama lorong tersebut terus dikekalkan dan Doi-Moi dimaklumkan masyarakat setempat tidak mempunyai apa-apa halangan untuk terus mengekalkannya. Tertanya kepada diri sendiri, apakah yang akan berlaku kepada nama lorong tersebut sekiranya lorong itu berada di Semenanjung Malaysia. Warganegara Malaysia yang menetap di Semenanjung patut belajar tentang hidup bersatu padu dari rakyat Sabah & Sarawak.


The India Street derives its name from the fact that it has always been a street occupied by the Indian shops. Most of the Indians are from the southern and northern India. At first it was called as the "Kling Street" in the 1850’s, but the Third White Rajah of Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke changed the name to India Street in 1928. In 1992 the street was closed to vehicle traffic and converted into a pedestrian mall.

Tuesday, July 24, 2007

Surat terbuka kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Kami, ahli-ahli muda MCA, menyokong penuh pendirian dan usaha murni MCA menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Malaysia.Kami membidas tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang memberi “Amaran kepada MCA” melalui akhbar Berita Harian (tajuk utama, Sabtu 21 Julai 2007) yang meneruskan politik polemik mengintepretasikan semula perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini berlaku walaupun pada hari Khamis 19 Julai, 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan media arus perdana supaya jangan menyiarkan sebarang berita mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perbuatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO langsung tidak menghormati larangan yang telah dikeluarkan oleh KDN yang mewakili kerajaan negara.Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terhadap pemimpin MCA yang merupakan rakan kongsi utama BN, tidak membawa manfaat kepada sesiapa kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.Kami memberi nasihat ikhlas kepada Ketua Pemuda UMNO supaya mengingati semangat BN yang telah menjadi teras kerjasama dan muafakat selama 49 tahun Malaysia merdeka. Perbuatan mengeluarkan amaran terhadap sesebuah rakankongsi seperjuangan BN juga memperlekehkan semangat toleransi, hormat-menghormati dan bermuafakat.Kami menyarankan pihak yang berkenaan seupaya melihat Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing kerana ini tindakan pihak yang jahil mengenai latar belakang, semangat dan kesefahaman yang telah dipersetujui di antara semua rakyat Malaysia yang menjadi teras membawa kepada pembentukan negara Malaysia yang merdeka.

Leadership Development Bureau
MCA Bangsar/22 July 2007