Arya, Hindraf dan kepentingan politik UMNO........
Arya seorang pelajar jurusan perubatan dipaksa dengan pelbagai cara oleh seorang ketua samseng hanya untuk memastikan adiknya Deepika dapat berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Arya menolak lamaran tersebut kerana beranggapan beliau tidak mempunyai status yang sama dengan keluarga samseng tersebut. Arya berpendapat, latar belakang keluarga beliau yang dihormati adalah tidak setaraf dengan latar belakang keluarga samseng. Deepika yang terlalu mabuk cinta mencadangkan agar abangnya menggunakan segala keupayaan yang ada untuk mengubah cara hidup Arya ke kancah jenayah dan ganstrerisme supaya Arya juga boleh dilabelkan sebagai seorang penjenayah. Namun Arya bergerak secara pintar dan berjaya dalam perjuangannya untuk menjatuhkan abang Deepika.
Sebenarnya Doi-Moi tidak berniat untuk mempromosikan gambar Arya tetapi ingin menonjolkan niat jahat abang Deepika dan bagi memastikan hasratnya tercapai maka beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk memanipulasikan keadaan supaya Arya turut terjebak dalam dunia pengganas. Tindakan yang sama sedang dilakukan oleh UMNO yang kini sedang menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Hindraf dapat dilabelkan sebagai kumpulan pengganas dan sekaligus dapat meyakinkan masyarakat melayu bahawa Hindraf adalah sebuah pertubuhan pengganas yang perlu diperangi dan hanya UMNO sahaja yang dapat berbuat sedemikian. Isu Hindraf ini sebenarnya digunakan untuk mendapatkan semula undi masyarakat melayu yang sejak akhir-akhir ini dikesan sedang bergerak ke arah pembangkang.
Dalam kempen untuk melabelkan Hindraf sebagai pertubuhan pengganas dan bersifat perkauman, UMNO juga lupa bahawa, parti dan pemimpinnya juga tebal dengan sikap perkauman dan sering mengancam penyokong-penyokong bukan UMNO dengan pelbagai tindakan.
Walau pun pelbagai cara serta tindakan diambil untuk melabelkan “Makkal Sakthi” sebagai gerakan pengganas, tetapi masyarakat India haruslah bergerak secara pintar dan mengelakkan sebarang tindakbalas yang bersifat kekerasan. Masyarakat India harus membuktikan kepada pemimpin UMNO kebangkitan mereka pada 25 Nov 2007 bukanlah dengan niat untuk melancarkan keganasan tetapi adalah satu perjuangan yang aman untuk menuntut keadilan.
Cukuplah, masyarakat India telah menjadi hamba selama 50 tahun kepada UMNO dan setiap pilihanraya hanya tinggal janji manis. Kini telah tiba masanya untuk masyarakat India berdiri untuk memastikan hak sebagai warganegara Malaysia dipenuhi. Jangan hanya harapkan undi dan keperitan masyarakat India dilupakan selepas itu.

1 comment:
I sure agree with U on all that U have stated in this article. Thank You
Post a Comment