Thursday, May 03, 2007

Kamala digugurkan???

Sumber-sumber yang dipercayai kesahihannya menyatakan Diktaktor Samy Vellu sangat marah dengan Y.B. Kamala Ganapathy (Seri Andalas, Selangor)kerana telah membuat rayuan terus kepada MB Selangor untuk mendapatkan jawatan EXCO menggantikan mendiang Dato' Siva. Y.B.Kamala dikatakan telah memangku jawatan tersebut sejak pemergian mendiang namun wujud khabar-khabar melalui udara, yang beliau mungkin tidak akan dilantik untuk jawatan tersebut. Beliau dikatakan telah berjumpa terus dengan MB Selangor dan perjumpaan tersebut telah dikhabarkan oleh orang tertentu kepada diktaktor.

Dijangkakan dengan murkanya diktaktor akan hal tersebut, Y.B.Kamala kemungkinan besar akan digugurkan daripada senarai nama calon untuk EXCO dan kalau bintangnya masih malap akan dipencenkan dalam pilihanraya umum akan datang. Walau bagaimanapun satu sumber yang lain menyatakan nama calon utk jawatan tersebut telah dikemukakan kepada MB Selangor tetapi namanya masih dirahsiakan. Dijangkakan MB Selangor akan mengumumkan nama tersebut dalam jangkamasa yang terdekat.

2 comments:

horizon boy said...

bukankah kamala ni orang rekomen datin indrani?? jagarasah tak mempunyai pengaruh besar dalam mic dan parthiban masih baru.no other choice i think kamala will get it.

Anonymous said...

Boycott the MIC and existing leadership for new change please support PPP.

Post a Comment