RANTAU PANJANG : Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor, hari ini mendedahkan akaun bank milik Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, yang dikatakan ada hubungkait dengan kehilangan wang saham Maika Holdings yang pernah diperuntukkan kepada MIC untuk masyarakat India miskin. Akaun ‘Bank Of Commerce’ itu bernombor 1402-0000168-00-2.“Pada 4 April 1992, pengeluaran wang RM14.4juta, ‘balance’ RM11.4 juta , maknanya dalam akaun ada RM25 juta. Ini penyata akuan bank atas nama.....YB Datuk Seri S Samy Vellu.“Saya hendak bagitau Samy Vellu, kalau tidak cukup bertarung di Ijok esok, saya boleh bertarung di Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan dia, saya pegang dokumen ini. “Dia kena jawab, dalam ini juga (dokumen) ada fix deposit RM3.5juta, nama dia juga,” jelasnya dalam ceramah kempen pilihan raya kecil N11 Ijok, dekat sini, semalam. Menurut Ezam, transaksi bank tersebut semasa kes Maika Holding berlaku.“Saya hendak beritahu rakan-rakan India, inilah rupa perompak.”Jelasnya bukan sahaja Samy, menteri-menteri Melayu seperti Raridah,Rahim Tamby Chik mahupun Lim Leong Sik juga terpalit dengan rasuah. Sebab itu katanya pertarungan esok, bukan sekadar Barisan Nasional (BN) dengan Parti Keadilan tetapi pertarungan antara rakyat yang selama ini ditipu dan diseleweng oleh para pemimpin yang rakus.“ Sebab itu saya minta semua, pembangkang , ahli Umno ahli Gerakan, ahli MIC, kalau saudara rakyat, kalau saudara ada maruah, kalau saudara ada martabat, marilah bersama-sama kita, bersama PAS, bersama DAP dan seluruh Barisan Nasional, kita beri mesej kepada kerajaan Barisan Nasional…’enough is enough’.”
No comments:
Post a Comment