Wednesday, April 15, 2009

Utusan Meloya said Bangkitlah Melayu

Macam biasa "Utusan Melayo" menghasut masyarakat Melayu untuk bangkit bersatu dan kebangkitan tersebut kononnya hanya boleh berlaku dengan gabungan umno dan PAS. Doi-Moi yakin sebenarnya "Utusan Meloya" yang tak paham dengan kebangkitan masyarakat termasuk komuniti melayu yang telah menolak umno sejak pilihanraya 2008. Kebangkitan sebenarnya telah lama berlaku di kalangan masyarakat melayu cuma umno dan balacinya masih syok sendiri dengan anggapan "kebangkitan" hanya berlaku sekiranya umno terus berkuasa. Anehnya bila berlaku kebangkitan di kalangan masyarakat India melalui HINDRAF, umno kata Hindraf pengganas. Bila berlaku kebangkitan masyarakat cina melalui peti undi, umno kata "cina tak kenang budi" tapi walaupun telah berlaku kebangkitan di kalangan masyarakat melayu yang terang-terang menolak umno, depa buat tak tahu. Sedarlah umno. 

No comments:

Post a Comment