Saturday, March 21, 2009

SPRM tidak siasat kes disiplin UMNO

Wah kalau umno tak akan di siasat tapi kalau PR semuanya nak siasat sampai derma daging korban untuk fakir miskin pun di anggap jenayah. Sepatut SPRM dah jadi lebih profesional tapi sejak akhir-akhir nie dah jadi lebih buruk daripada dulu. SPRM patut siasat Ketua Menteri Melaka untuk mengetahui punca-punca kewangan yang membolehkan beliau menyogok ketua-ketua bahagian umno di antara RM200 ribu hingga setengah juta untuk dicalonkan bertanding kerusi Timbalan Presiden. Awatlah KP SPRM ini tak paham benda yang kecil sebegini....... agaknya dia buat bodoh kot.
 
 
SPRM tidak siasat kes disiplin UMNO

KUANTAN 20 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menyiasat kes beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan jenayah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, kesemua pemimpin terbabit dikenakan tindakan kerana melanggar etika dan disiplin parti.

"Saudara kena faham, kita mengalu-alukan sesiapa hendak buat laporan tetapi saudara mesti bezakan, kes pelanggaran etika dan pelanggaran disiplin bukan kes jenayah.

"Kami tidak akan menyiasat kes bukan jenayah, kita akan pergi (siasat) kes-kes jenayah, terutamanya rasuah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment