Saturday, February 21, 2009

umno menghasut untuk membunuh

Blog tajaan umno menghasut balaci-balaci umno untuk membunuh YB Sivakumar dan pemimpin-pemimpin bukan melayu kerana berbeza pandangan dengan Sultan Perak. Kalau 1 juta laporan polis dibuat pun, polis tidak akan ambil sebarang tindakan. umno sebenarnya adalah pengganas politik yang berpura-pura kononnya memerintah negara berdasarkan undang-undang. Baiar kita bersatu untuk nyahkan umno dari medan politik negara dalam pilihanraya akan datang.
 
Ampun Tuanku Beribu Ampun,

Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan EXCOnya dari menghadiri sidang DUN Perak.

Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.

Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.

Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun

Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan? 

Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak. Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.

Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.

Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!

Sembah dari Rakyat Marhaen
EDITOR MYKMU
 
 

No comments:

Post a Comment