Police Contigent HQ.
Malaysiakini reported, opposition leader Anwar Ibrahim was arrested by the police just outside his home in Bukit Segambut, Kuala Lumpur, at 12.55pm today. He can be held in custody for up to 14 days, after which he must be charged. Sodomy is a non-bailable offence, punishable by up to 20 years in jail.
1 comment:
Anwar pengacau teori R.A.H.M.A.N
Tarikh : Tuesday, July 15 @ 09:10:39 MYT
Topik : Pendapat
Kebanyakan penganut UMNO hadhari percaya kepada mitos teori kepimpinan negara ini adalah mengikut teori R.A.H.M.A.N. Siapakah yang men'design'kan ini tidaklah diketahui orangnya.
Kononnya ia diambil dari nama PM Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Teori ini menjadi lebih nyata selepas berlaku pertukaran yang mengikut abjad tersebut dari satu PM ke satu PM.
Selepas Mahathir dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-4 yang telah menyaksikan Anwar berlatarbelakang pertubuhan islam iaitu ABIM dibawa masuk menganggotai parti UMNO. Kemasukan sosok Anwar telah mencemaskan banyak pemimpin-pemimpin veteran yang telah lama bertapak dalam parti tersebut yang juga bercita-cita menjadi PM.
Ketakutan pemimpin-pemimpin veteran dalam UMNO terserlah apalagi melihat ketokohan yang ada pada Anwar menenggelamkan tokoh-tokoh terkemuka tersebut apalagi pangkal namanya adalah huruf A bermakna selepas Mahathir tentulah Anwar akan menggantikannya.
Ketakutan tersebut menjadi nyata selepas Anwar dilantik menjadi pemangku PM telah mengusulkan satu rang undang-undang membanteras rasuah yang sudah lumrah menjadi hidangan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO.
Maka oleh itu satu konspirasi mesti dibuat untuk mengenyahkan Anwar dari persada politik tanahair buat selama-lamanya. Untuk menjayakan konspirasi ini maka Mahathir sebagi PM dan ketua kabilah UMNO mesti diyakinkan bahawa Anwar akan menjatuhkan beliau dalam perhimpunan agung parti itu.
Pada mulanya Mahathir menolak untuk meluluskan konspirasi tersebut tetapi akhirnya terpaksa menerimanya juga setelah melihat kelantangan Anwar untuk merangka rang undang-undang membanteras rasuah dan mengecam 'bail-out' syarikat-syarikat yang rugi menggunakan wang rakyat.
Selepas konspirasi berjaya dan Anwar dihantar ke penjara Sg. Buloh dan kemudian pengganti Mahathir telah dinamakan iaitu Abdullah Badawi yang juga kebetulan mempunyai pangkal nama huruf A. Nampaknya mitos teori R.A.H.M.A.N hampir menjadi kenyataan bila Abdullah Badawi menamakan Najib sebagai penggantinya.
Walaupun begitu sosok tubuh pengacau iaitu Anwar Ibrahim kembali datang lagi untuk menggagalkan teori tersebut. Oleh itu sekali lagi konspirasi yang sama telah dibuat 10 tahun lalu akan diulang tayang sekali lagi tak kira rakyat suka atau tidak. Kali ini krisis kenaikan harga barang dan minyak menjadi agenda parti pembangkang yang diketuai Anwar dalam Pakatan Rakyat. Sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan mereka akan menurunkan harga minyak keesokan harinya.
Jelaslah disini DSAI adalah pengacau teori kepimpinan UMNO dan Malaysia yang mesti dihapuskan tidak kira berapa kosnya. Walaupun begitu DSAI telah menyatakan dirinya tidak penting tetapi kebajikan rakyat adalah diutamakan tak kira siapa yang jadi PM Malaysia selepas ini.
Kita saksikan adakah teori ini masih relevan. Siapakah selepas DS Abdullah Badawi yang akan menjadi PM.
Post a Comment