Saturday, November 03, 2007


Datuk Abdul Aziz Nik Mat akan di dakwa oleh BPR?


Ketua Pengarah BPR menyatakan di bawah, Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997, mana-mana individu yang tidak melaporkan kepada BPR, apabila ditawarkan rasuah boleh di dakwa di Mahkamah. Baru-baru ini Datuk Nik Aziz telah menyatakan selama menjadi MB Kelantan beliau pernah ditawarkan berjuta-juta RM tetapi telah menolaknya. Walaupun peruntukan undang-undang ada untuk mendakwa Datuk Nik Aziz apakah BPR berupaya untuk mendakwa beliau?

Sekiranya BPR mengambil keputusan untuk mendakwa beliau, maka Doi-Moi menjangkakan akan berlaku arus kebangkitan rakyat untuk menentang penangkapan tersebut dan negeri Kelantan akan kembali ditadbir oleh PAS secara total. Kemungkinan besar Terengganu juga akan jatuh kembali kepada PAS dan di kebanyakan kerusi ADUN dan DEWAN RAKYAT, PARLIMEN, kemungkinan untuk BN kecundang akan wujud. Ini kerana walau pun Datuk Nik Aziz merupakan pemimpin pembangkang, namun beliau tetap dihormati oleh penyokong pembangkang mahupun penyokong BN. Doi-Moi berpendapat ini mungkin satu strategi PAS untuk "menghasut" Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan ke atas beliau sekaligus mengujudkan bantahan rakyat. Tetapi sekiranya BPR tidak mengambil tindakan maka rakyat juga akan membuat kesimpulan akan ketidakupayaan BPR untuk menguatkuasa Akta Pencegahan Rasuah seperti mana ketidakupayaan BPR untuk mendakwa pemimpin-pemimpin BN yang korup.

Walau bagaimanapun, Doi-Moi tidak yakin BPR mempunyai keupayaan untuk mendakwa beliau kerana sudah tentu BN tidak mahu mengambil tindakan membunuh diri lebih-lebih lagi apabila pilihanraya umum semakin hampir.

No comments:

Post a Comment