Tuesday, July 24, 2007

Surat terbuka kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Kami, ahli-ahli muda MCA, menyokong penuh pendirian dan usaha murni MCA menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Malaysia.Kami membidas tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang memberi “Amaran kepada MCA” melalui akhbar Berita Harian (tajuk utama, Sabtu 21 Julai 2007) yang meneruskan politik polemik mengintepretasikan semula perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini berlaku walaupun pada hari Khamis 19 Julai, 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan media arus perdana supaya jangan menyiarkan sebarang berita mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perbuatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO langsung tidak menghormati larangan yang telah dikeluarkan oleh KDN yang mewakili kerajaan negara.Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terhadap pemimpin MCA yang merupakan rakan kongsi utama BN, tidak membawa manfaat kepada sesiapa kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.Kami memberi nasihat ikhlas kepada Ketua Pemuda UMNO supaya mengingati semangat BN yang telah menjadi teras kerjasama dan muafakat selama 49 tahun Malaysia merdeka. Perbuatan mengeluarkan amaran terhadap sesebuah rakankongsi seperjuangan BN juga memperlekehkan semangat toleransi, hormat-menghormati dan bermuafakat.Kami menyarankan pihak yang berkenaan seupaya melihat Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing kerana ini tindakan pihak yang jahil mengenai latar belakang, semangat dan kesefahaman yang telah dipersetujui di antara semua rakyat Malaysia yang menjadi teras membawa kepada pembentukan negara Malaysia yang merdeka.

Leadership Development Bureau
MCA Bangsar/22 July 2007

No comments:

Post a Comment