Friday, July 20, 2007

Sea King @ Nuri


SEA KING @ NURI


Tragedi ini dapat dielakkan sekiranya Kementerian Pertahanan telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menyelamatkan nyawa para anggota wira-wira kita. Tetapi malangnya, tiada tindakan yang sewajarnya diambil menyebabkan negara kehilangan wira, isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah, ayah dan ibu kehilangan anak.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya Sea King @ Nuri telah dibeli oleh Kerajaan pada tahun 1968. Dalam tempoh masa 39 tahun sebanyak 18 kejadian telah berlaku dan hasilnya 95 kematian telah berlaku. Kejadian yang paling mengerikan berlaku pada 14 November 1989 apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas Sea King @ Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak. Sepatutnya keputusan dibuat untuk meletakkan Sea King @ Nuri di muzium tentera tetapi kita gagal berbuat sedemikian menyebabkan kemalangan terus berlaku. Malah kita masih tidak sedar diri kerana masih akan terus menggunakan Sea King @ Nuri sehingga ia digantikan dengan helicopter baru. [TPM kata perolehan tersebut akan dibuat secara tender antarabangsa menimbulkan persoalan kerana selama ini pembelian kemudahan/peralatan tentera dibeli secara rundingan terus atas justifikasi, keselamatan negara tetapi kenapakah perolehan helicopter baru ini hendak dibuat secara tender? Apakah kerana Razak Baginda berada di belakang pintu besi jadi tidak ada pegawai Kerajaan yang layak untuk membina spesifikasi atau tidak ada orang yang dipercayai oleh Menteri Pertahanan untuk mendapatkan "komisyen" bagi pembelian secara rundingan terus]

Walaupun keadaan cuaca dipersalahkan namun alasan tersebut bukannya dapat diterima oleh semua orang yang boleh berfikir secara rasional. Mungkin orang Pekan akan percaya kerana mereka masih menghormati Tun Abdul Razak.

Sebuah helicopter yang berusia 39 tahun sudah tentu akan berdepan dengan pelbagai masalah dan ketidakupayaan peralatan mekanikal untuk terus beroperasi di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Andainya cuaca menjadi faktor utama, kenapakah helicopter tersebut dibenarkan membuat penerbangan?

Doi-Moi sangat berharap agar kejadian yang memilukan ini tidak berulang lagi dan sepatutnya Kerajaan mengambil pendirian untuk tidak membenarkan sebarang penerbangan menggunakan Sea King @ Nuri bagi mengelakkan sebarang kejadian lagi. Malangnya Kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk mengambil keputusan tersebut dan berselindung dengan alasan kononnya tidak ada helicopter lain untuk digunakan sebagai alternatif.

Satu persoalan yang ingin ditujukan kepada Menteri-menteri Kabinet Malaysia ialah, apakah Y.B. Menteri berani menggunakan Sea King @ Nuri untuk tujuan rasmi? Kalau anda tidak mempunyai keberanian untuk berbuat sedemikian kerana sayangkan nyawa, maka anda juga haruslah sayangkan nyawa pejuang-pejuang kita supaya tidak mati begitu sahaja.

Tertanya juga kenapa PM Malaysia yang ke 5 perlu membeli kapal terbang baru bernilai RM50 juta untuk kegunaan rasmi bila kita masih ada 20 Sea King @ Nuri? Kalau pembelian itu boleh dilakukan dalam masa yang singkat secara senyap kenapa kita memerlukan tempoh yang lama untuk menukar Sea King @ Nuri?

1 comment:

Anonymous said...

Who cares about Malaysians? The politicians always want to fill their coffer. The era of people who died for the nation are gone forever and now what one can sees all the cowards abd culprits.

Jonathan Pyres

Post a Comment