Membaca Harian Metro online hari ini menyentak hati. Seorang pencuci kereta di hukum penjara 13 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah mencuri 10 batang skru besi milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Bukan mahu membela perbuatan jenayah. Tetapi hati agak tersentak apabila membaca rayuan A Vijaya Kumar, 29. "Saya tinggal bersama tujuh adik beradik dan memberi sumbangan besar pendapatan kepada keluarga. Saya mencuri barangan terbabit disebabkan mengalami kesempitan hidup," rayunya kepada Majisterit.
Sememangnya ada rekod jenayah sebelum itu dan jika dia benar bersalah dia harus dihukum. Tetapi melalui kes ini rakyat perlu buka sedikit mata hati kita. Pendakwa raya dihadapan majisteret menyatakan "Perbuatan mencuri 10 batang skru besi milik Syabas menyebabkan syarikat terbabit mengalami kerugian besar akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini. Disebabkan tertuduh tidak insaf perlu diberikan hukuman setimpal."
Syabas yang mendapat keuntungan berbilion setiap tahun menjual air yang diturunkan tuhan. ( Nota ; Walaupun Malaysia berlebihan air sehingga banjir namun air tetap mahal dan malah kadang kala air tidak mencukupi - itu maknanya kerajaan (BN) dan syarikat kroninya gagal menguruskan sistem pengairan air negara). Dengan hanya kehilangan 10 skru pendakwa raya
menyifatkan Syabas telah kerugian besar.
Apakah pendakwaraya atau pejabat Peguam Negara hanya celik apabila kerugian itu ditanggung oleh syarikat (baca; golongan kapitalis) kroni kerajaan yang sememangnya sudah mewah dan lelap apabila kerugian itu menimpa rakyat yang sedia susah.
Laporan kedua hari ini ialah seorang remaja tingkatan empat dihantar ke Sekolah Pemulihan Henry Gurney kerana bersalah mencuri 90sen walaupun itu kesalahan pertamanya.
Mana pendakwaan rasuah yang berjuta malah berbilion (sehingga kini rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik di senyapkan). Apa tindakan mereka apabila kerugian menimpa rakyat seperti apabila projek SMART (dah tukar nama ke Terowong Bestari untuk perbodoh rakyat) gagal ?
Siapa mahu tanggung kerugian satu juta yang dialami oleh dua sekolah kerana Smart yang gagal ? atau siapa yang mahu ambil tanggungjawab untuk tanggung anggaran awal 50 juta kerugian peniaga kecil di Kuala Lumpur yang memang sedia dari awal bertarung untuk menyara hidup ?
Yang pasti selepas gagal rakyat terus derita tetapi kerajaan (BN) akan terus menimmatinya kerana syarikat kroni akan terus menikmati kontrak baru, apabila kabinet meluluskan pengeluaran wang negara (Nota ; wang negara ialah wang kita yang dikutip dari cukai , saman dan sebagainya. Malah jagi menteri juga datangnya dari wang kita).
Rayuan....bukalah mata wahai rakyat tercinta.
Badrul Hisham (MPT Keadilan)
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies, Songkonghoe University,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea
source: http://chegubard.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment