Wednesday, September 26, 2007


JIKA MAHU HIDUP SEBAGAI HAMBA TERUSKANLAH MENGUNDI BN

Kalau ditanya kepada individu yang paling bodoh di dunia ini akan pilihannya untuk menyembelih itik yang diberikan kepadanya maka sudah tentu ia akan memilih itik yang tidak produktif tetapi dalam kes MAICA HOLDINGS anak diktaktor Samy Vellu, Vel Paari (sedang di siasat oleh PDRM kerana kes kematian mendiang K.Sujatha) membuktikan dirinya lebih bodoh daripada individu paling bodoh di mana beliau memilih untuk menyembelih itik yang produktif dan membiarkan itik yang tidak memberikan hasil atas alasan untuk menyelesaikan hutang tertunggak.

Macam mana tak berhutang kalau setakat pentadbiran pun perbelanjaan boleh mencecah sehingga RM50 juta? Sepatutnya syarikat-syarikat yang tidak produktif dibubarkan tetapi syarikat-syarikat tersebut tidak diusik langsung.

Lebih memilukan, diktaktor yang pergi dari rumah ke rumah untuk mengumpul RM110 juta atas nama sayap pelaburan MIC dengan angkuh menyatakan "MAICA itu syarikat" tiada kaitan dengan parti. Bukankah kenyataan beliau boleh diinterpretasikan sebagai cubaan memperbodohkan masyarakat?

Di satu pihak beliau berbohong kononnya, MIC lah satu-satunya parti yang berjuang untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat India tetapi adalah satu penipuan besar bila bapa berdrama membantu manakala anaknya sedang menjual harta masyarakat India satu demi satu malah kesemua penjualan tersebut di buat di bawah paras harga sebenar dan kemudian menggunakan wang rompakan bapanya untuk membeli syarikat-syarikat tersebut.

Pada awalnya saya sangka Vel Paari anak kepada diktaktor Samy Vellu bodoh yang paling bodoh tetapi sebenarnya dia adalah antara golongan terpandai di kalangan orang-orang yang bodoh, di mana berpura-pura menjual harta masyarakat India kononnya untuk melangsaikan hutang yang berganda berjuta-juta ringgit. Tetapi kesemua penjualan tersebut di buat di kalangan proksinya sendiri dan dijual pada kadar harga pasaran yang lebih rendah.

Selepas NESA mendapatkan perintah injuksi sementara, dia berpura-pura keluarkan kenyataan akhbar kononnya para pelabur rugi dengan tindakan tersebut. Kerugian sebenar yang di alami oleh masyarakat India adalah kepimpinan diktaktor samy vellu yang telah pincang daripada perjuangan yang sebenar untuk menegakkan keadilan kepada masyarakat. Selagi dia tidak berundur dan elemen-elemen jahat dalam parti tidak dibersihkan selagi itu masyarakat India akan rugi.

Satu cara yang paling munasabah sekiranya kita ingin membersihkan darah-darah kotor yang membelenggui masyarakat India adalah dengan menolak parti BN dalam pilihanraya umum akan datang. Sekiranya kita dapat berbuat sedemikian maka proses pembersihan tersebut akan berjalan dengan lebih cepat dan masa depan yang lebih cerah menanti masyarakat India. Terpulang kepada masyarakat India sama ada mereka mahukan kecerahan dalam menjalani hidup seharian atau terus hidup sebagai hamba walaupun negara telah merdeka selama 50 tahun. Jika mahu hidup sebagai hamba teruskanlah mengundi BN.

No comments:

Post a Comment