Setelah menunggu begitu lama akhirnya masyarakat India yang telah melabur dalam MAICA HOLDINGS terpaksa menerima kenyataan, pelaburan mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka sendiri, iaitu Y.B. Dato' Seri S.Samy Vellu. Mesyuarat MAICA yang diadakan di KLGCC, dipenuhi dengan gangster-gangster yang datang untuk menakutkan pelabur. Bila soalan ditanya, mereka dipukul oleh gangster yang di bawa atas nama security officer, sehingga ada yang cedera. Malah bekas Timbalan Presiden MIC sendiri dihalang daripada bertanyakan soalan. Syarikat Oriental yang merupakan satu-satunya syarikat yang dikatakan masih membawa keuntungan akan dijual menimbulkan persoalan apakah status MAICA tahun depan, dimana tidak ada anak syarikat lain yang menguntungkan. Doi-Moi menjangkakan tahun depan MAICA akan gulung tikar. Syabas Samy Vellu, anda telah berjaya menjadikan masyarakat India sebagai hamba-abdi di bumi Malaysia.
No comments:
Post a Comment