Friday, August 03, 2007

POLITIK FAKTOR UTAMA

Betulkah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia terlalu sibuk dengan tugas sebagai Pengerusi Penganjur Perayaan 50 Tahun Kemerdekaan Negara sehingga menjadi faktor utama beliau menarik diri dari dicalonkan sebagai Setiausaha Agung Komanwel? Bukankah sekiranya beliau berjaya dalam pertandingan tersebut akan mengharumkan nama negara dan merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya, terutama bila negara berada diambang 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Doi-Moi percaya tugas sebagai Pengerusi Perayaan bukanlah faktor utama tetapi percubaan kumpulan pemikir tertentu untuk menamatkan karier beliau sebagai seorang ahli politik yang paling berkaliber berbanding dengan menteri-menteri lain telah dapat dihidu oleh beliau. Politik menjadi punca utama beliau menarik diri dan masa depan politik beliau lebih terjamin dan siapa tahu sekiranya beliau tiba-tiba diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia...............

No comments:

Post a Comment