Doi-Moi berpendapat Dato' Nalla telah mengambil satu tindakan yang tidak rasional di mana beliau meletakkan jawatan dan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehari sebelum mesyuarat agung tahunan yang menyaksikan pertandingan untuk jawatan-jawatan utama parti. Sekiranya Dato' Nalla mempunyai semangat perjuangan beliau patut mempertahankan keputusan asalnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Peluang untuk beliau menang berdasarkan pencalonan yang diterimanya adalah tinggi. Sebagai seorang pejuang politik beliau patut meneruskan hasrat untuk bertanding walaupun Anwar sendiri memberikan nasihat untuk beliau memberi laluan kepada Azmin. Doi-Moi berpendapat Dato' Nalla sebenarnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang pejuang yang tulen dan berani berdepan dengan risiko. Apa gunanya beliau menyalahkan orang lain bila beliau sendiri tidak berani untuk berdepan dengan cabaran politik. Selamat Bersara Dato' Nalla, gunakanlah masa yang ada bersama keluarga.
1 comment:
Nalla please retire from politics and spend quality time with you famil. You're disgrace to yourself.
karrupu vellai
Post a Comment